Saturday, August 15, 2009

Episod Kedua: Cadangan Johan (Panglima Amrullah, Pahlawan Asia Tenggara)

Kisah selanjutnya...

Gondar terkejut mendengar suara ketua kampungnya, Bagatar.

"Dimana ayahmu Gondar?", dengan nada yang tinggi Bagatar bertanya Gondar.

"Ahh, kau sudah terlambat Sep.. Ayah sudah pergi kelaut untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Dia tak akan percaya kepada kata kata karut mu siang tadi.", jawab Gondar dengan angkuh.
"Setelah dia mendapat rezeki laut itu, kami tak akan memberikannya kepada sesiapa."

Bagatar pun terasa terhina dengan kata kata Gondar, tetapi dia bersikap sabar akan semua ini, tambah lagi sahabatnya Jaharan berada bersamanya. Tentu dia merasa malu jika dia tidak menahan rasa marahnya dan bergaduh dengan Gondar. Lagipun, sebagai Ketua Kampong Sepinar, dia sudah banyak kali menghadapi karenah seperti ini dari penghuni kampungnya.

"Aku harap ayahmu dan anak buahnya akan selamat kembali ke kampung dan juga berharap mimpi buruk saya itu tak akan menjadi kenyataan", Bagatar meluahkan rahsianya kepada Gondar dan Jaharan. Selama ini Bagatar sering melakukan perkara yang aneh tetapi perkara yang dilakukannya itu bermanfaat untuk kampung seperti dia mengetahui perkara yang akan berlaku. Tetapi baru sekarang, Jaragan dan Gondar tahu apakah yang membuatkan Bagatar melakukan perkara aneh itu. Terbayang di kenangan Jaharan sewaktu mereka maseh berumur pebelasan tahun, dia pernah membantu Bagatar membuat lubang besar di hutan sebelah rumah Jaharan, pada keesokan harinya ada seekor harimau besar terperangkap dalam lubang itu.

"Iya, saya teeelah bermimpi perkara perkara yang anehhh tapi mimpi itu semuanya menjadi kenyataan. Saya angggggap semmmua mimpi ini sebagai amarrrran daripada yang berkuasa. Saya selalu memikirkan bagaimana carrranya untuk meyelesaikan masaalah yannggg timbul dalam mimmpiii itu tanpaa menimbullkan rasa susah dan takut dariii penghuni kampung ini", sambung Bagatar.
"Tetapi masalah miimpi yang sangaat burruk ini tak dapat saya seeleessaaikan... Sebabb itu saya nak meminta pendapat darimu, Jaharan yang bijaksana".
"Apakah mimpi buruk yang kamu alami, sahabatku?", tanya Jaharan.

"Ombak dari laut dan ribut yang besar akan melanda kampung kita. Setelah itu kampung kita akan diserang oleh sekelompok binatang berbadan manusia berpakaian hitam yang kejam. Ramai diantara mereka berkaki empat dan berbadan tinggi, ada pula yang mempunyai mata yang merah dan tajam. Kampung kita dalam keadaan lemah kerana kelaparan tak dapat melawan. Makanan tidak mencukupi untuk menampung seluruh penghuni kampung. Saya memerlukan pertolongan kamu Jaharan untuk menyelesaikan masalah ini.", cerita Bagatar dengan sangat jelas tanpa henti.

Setelah mendengar cerita Bagatar itu dari jauh, Johan teringat akan lelaki yang disangkakan harimau oleh ayahnya. Johan pun terus kembali ke hutan untuk mencari lelaki itu. Dia pun sampai ke tempat semak yang dijumpainya lelaki tersebut dan menjejaki tapak kaki lelaki itu. Dia mendapati lelaki itu cuma ada dua kaki dari tapak kakinya itu berlainan dengan cerita Bagatar. Dia pun menghampiri sesuatu cahaya unggun api didalam hutan. Dari jauh dia ternampak dua lembaga sedang berbincang sesuatu berdekatan dengan unggun api itu. Dia melihat sekelilingnya risau jika ada orang menjaga tempat itu. Dia pun menghampiri lagi dua lembaga sehingga dia dapat mendengar dengan jelas perbincangan itu.

Pantai Kampung Sepinar

Jaharan merasa kemusykilan kerana masalah seperti ini tak pernah berlaku di kampung itu. Masalah makanan adalah sangat penting kerana tanpanya penghuni kampung tak akan bertenaga untuk melawan pengganas kejam yang akan bakal tiba itu. Masalah ombak dan ribut itu pula tidak dapat mereka halang kerana ianya adalah alam semulajadi. Penyelesaian utama di dalam fikirannya adalah untuk pindah dari kampung itu dan mencari tempat tinggal baru. Tetapi ianya mungkin mengambil masa yang lama untuk membangun kampung yang baru. Dia pasti pengganas itu akan mengikuti mereka dan dalam perjalanan untuk mencari tempat baru itu akan lebih melemahkan penduduk itu untuk melawan pengganas itu. Jaharan pun mengajak ketua kampung dan Gondar kerumahnya untuk menyelesaikan masalah itu. Gondar dan Bagatar setuju, mereka pun kembali kerumah Jaragan melalui hutan sebelah rumah Jaharan itu.

Unggunan api dalam semak hutan.

"Kita perlu kembali ke pangkalan, dan memberi maklumat tentang kampung ini kepada ketua kita. Aku rasa sudah lama kita berada di kampung ini. ", kata salah satu daripada lelaki itu.
"Kamu yakin ketua kita akan berpuas hati dengan maklumat kita ini, Tuan Farikh?", kata lelaki yang seorang lagi.
"Kita sudah mengumpul banyak selama sebulan ini. Kita tak akan diucapkan gagal lagi kali ini. Kegagalan hari itu adalah disebabkan engkau, Barakh", kata Farikh. "Malam ini adalah malam terakhir kita disini, kita akan bertolak esok pagi."

Johan pun, dengan perlahan, beralih dari situ dan berlari dengan pantas pulang kerumah. Bila dia hendak pulang kerumah, dia terserempak dengan ayahnya, Bagatar dan Gondar. Dia pun menceritakan kesemuanya tentang apa yang didengarkannya. Ayahnya mensyorkan agar mereka pulang kerumah dulu. Jaharan sedang memikirkan tentang keluarganya yang menunggu di rumah pasti mereka susah hati menunggu kepulangan mereka terutama sekali Jargan.

Rumah Jaharan

Jargan menunggu kepulangan ayahnya dan adiknya. Ibu dan adiknya juga sedang risau dan bimbang menunggu di depan makanan yang di hidangkan. Salrah pun berkata pada Jargan, "Pergi cari ayahmu Jargan, ibu rasa tak baik hati lah."
"Ayah kata jaga rumah, saya percaya ayah tak apa apa mak. Johan kan ada. Tentu dia dapat tolong ayah jika dia memerlukannya", jawab Jargan cuba untuk mengurangkan rasa resah ibunya. Walaupun dalam hati Jargan pun merasa sangat bimbang akan adiknya yang belum habis belajar seni mempertahankan diri sepenuhnya. Tapi Jargan rasa adiknya buleh belajar ilmu itu sendiri sebab Johan sememangnya bijak seperti ayahnya.
"Abang, adik rasa takut lah. Bila ayah dan abang Jo nak pulang?", jawab adik perempuannya Satrina dengan perutnya berbunyi menandakan ia sangat lapar.
"Sabar ye adik, sebentar lagi pulang lah mereka, kalau adik nak makan, makan la dulu, tanya ibu", jawab Jargan dengan rasa penuh sayang terhadap adik manja itu.
"Tak apa lah bang, adik tunggu ayah saja"

Terdengar suara ayah mereka dari luar, "Jargan...Jargan". Mereka bertiga turun dari rumah dan menjenguknya. "Ayah.. Johan.. Kamu tak apa apa?", tanya Jargan. Salrah dan Satrina memeluk mereka dengan penuh gembira. Terlepas segala kerinduan, kerisauan dan kebimbangan mereka.
Johan menjawab, "Kami selamat bang tapi ada masalah penting yang kita alami sekarang". Perut Satrina pun berbunyi lagi, begitu juga dengan ayahnya. Jaharan bertanya kepada isterinya jika tetamunya buleh makan bersama. Isterinya bersetuju.
"Mari kita makan dahulu diatas dan kita akan selesaikan masalah ini selepas perut kita berisi. Fikiran kita akan lebih cerdas lagi.", Jaharan memberi cadangan.
Mereka pun makan makanan yang dihidangkan oleh Salrah dan Satrina. Jaharan maseh berselera makan makanan itu. Johan maseh lagi memikirkan cara untuk menangkap kedua lelaki didalam hutan itu. Jargan pula merasa bingung kenapa Gondar berada disitu. Dalam fikirannya, itulah kali pertama Gondar berada didalam rumah mereka itu. Dia merasa sangat aneh dan rasa ingin tahunya semakin besar dan kuat. Lalu dia pun bertanya kepada Johan yang tak banyak bergerak dari tadi itu, " Johan, apa yang terjadi tadi?". Johan pun menceritakan dengan perlahan agar adik dan ibunya tidak mendengar perbualan mereka kerana dia tak mau mereka dalam keadaan ketakutan.
Setelah makan, mereka berkumpul di bawah pohon kelapa sebalah rumah Jarahan. Mereka pun berbincang cara yang sesuai untuk menangkap kedua lelaki yang mengintip di kampung mereka itu. Jarahan bertanya kepada anaknya, Johan, tentang muka dan perawakan kedua lelaki itu. Johan menerangkan setiap perkara yang berlaku dengan teliti termasuk bentuk badan mereka, tempat tidur mereka yang terperinci dan juga tujuan sebenar mereka disana. Gondar mula memberi cadangan, "Mari kita pergi ke tempat tidur mereka dan tangkap mereka semasa mereka sedang lena tidur?".
"Apa kata ketua kampung?", tanya Jargan.
"Saya setuju. Tentu mereka sudah lena tidur sekarang. Ini adalah masanya kita tangkap mereka", kata Sep Bagatar.
"Tunggu dulu, kita harus berhati-hati. Mengikut kata Johan, mereka berbadan sasa dan menurut jalan cerita antara kedua lelaki ini, mereka sudah biasa dalam pertarungan. Kita bukannya becakap tentang calang-calang orang. Mereka mungkin penjahat besar.", Jarahan memberi sedikit ulasan.
"Ayah, saya ada cadangan...", Johan bersuara. Johan memberi cadangan kepada mereka. Mereka semua setuju dengan cadangan Johan. Jarahan sangat tertarik dengan cadangan itu dan seketika tertanya-tanya sendiri, bagaimana dia buleh mendapat akal untuk berfikir tentang cadangan seperti itu. Mereka pun memulakan cadangan yang diberikan Johan. Johan, orang yang paling muda, di beri tugasan jauh dari tempat lokasi. Manakala, ketua kampung mengumpul beberapa orang kampung yang muda dan berbadan sasa untuk membantu mereka. Dengan cepat, Gondar, Jarahan dan Jargan pergi ketempat yang di sebutkan oleh Johan berbekalkan senjata-senjata tajam. Mereka mengintai tempat itu dahulu sebelum menyerang mereka. Jargan mengambil senjata kedua lelaki itu yang berada bersebalahan unggun api yang sudah padam. Setelah bertahun-tahun bertarung dan mengintip, Farikh mempunyai naluri untuk mengesan musuh jika ia tiba. Walaupun ia merasa lena dalam tidur, nalurinya tetap dapat merasakan keberadaan musuh. Farikh perlahan-lahan menggerakkan tubuhnya cukup untuk melihat keadaan sekelilingnya melalui anak matanya. Jarahan dapat merasakan kedua lelaki itu sudah mengetahui mereka berada disitu dari pergerakan perlahan Farikh itu.
Dia pun bersedia untuk bertarung, mengeluarkan parangnya dari penutupnya. Jargan dan Gondar mendapatkan Barakh yang masih lena tidur. Tetapi sejurus sahaja mereka berhampiran dengan Barakh, Farikh membangunkan Barakh dengan berteriak,"Barakh, bangun cepat!!...".

Johan mendengar teriakan itu. Dia pun bersedia untuk bertarung dengan mereka. Mencengkam lembing yang di pegangnya dengan erat dan membuka mata untuk menghadapi apa saja serangan yang bakal datang. Hati Johan tidak merasa tenang, inilah pertama kali dia menghadapi perkara sebegini. Abang dan ayahnya pernah membantu ketua kampung dengan penghuni kampung lain untuk menghalang lanun-lanun merampas rezeki dan barang barang mereka dan daripada membunuh penghuni kampung itu. Tetapi bagi Johan inilah kali pertama dia akan berhadapan dengan musuh, kali pertama dia dapat memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kejahatan. Gondar pula pernah membantu ayahnya menghadapi lanun-lanun di laut dan menumpaskan mereka sekelip mata, walaupun lanun-lanun itu nampak berbadan sasa.

Jarahan menangkis tusukan keris daripada Farikh. Tusukan demi tusukan di berikan, Jarahan hanya mengelak tanpa memberi serangan balas. Farikh dan Barakh sangat ampuh dan kuat. Mereka mempunyai daya tahan yang kuat dan hampir mengalahkan Jarahan dan Jargan bila kedua anak beranak ini sudah letih menghalang dan mengelak semua serangan mereka. Gondar yang berada di belakang Barakh sangat licik dan menggunakan batu yang agak besar dan menghumbankannya ke kepala Barakh. Tetapi batu itu mengena kaki Barakh dan menganggu keseimbangannya. Jargan nampak peluang itu dan menetak parangnya ke tangan Barakh. Tangannya mengeluarkan banyak darah dan meneriakkan kesakitannya. Farikh hampir membunuh Jarahan dengan satu tusukan lagi dari kerisnya bila Jarahan jatuh bila hendak mengelak tusukan Farikh sebelum itu, tetapi berhenti setelah mendengar teriakan Barakh. Farikh pun mengarahkan Barakh untuk lari meninggalkan ketiga-tiga orang kampung itu.

Jarahan pun berteriak, "Johan!....". Johan mendengar teriakan ayahnya menandakan musuh akan tiba ke tempatnya. Dia bersedia untuk memerangkap mereka. Bersedia untuk menghadapi musuh. Bersedia untuk bertarung dan bersemuka dengan kejahatan. Farikh dan Barakh menghampiri lokasi Johan. Farikh sudah sebulan lebih berada di hutan itu, meneliti kampung dan melihat kawasan kampung itu, dia tahu setiap pelusuk kawasan itu. Dia pun tahu ada lubang besar di perjalanan yang di tujunya. Dia pun mengubah jalan yang ditujunya dan terserempak dengan Johan. Johan beranggap bila ia terjumpa mereka, mereka akan berlari menuju lubang itu. Sangkaan Johan salah, dia pun berkata kepada Farikh dan Barakh, "Menyerahlah kamu, semua penghuni kampung tahu kamu berada disini, tidak ada tempat lagi untuk kamu bersembunyi. Saya beri kamu kesempatan untuk menyerah dan hentikanlah niat kamu untuk menghapuskan kampung ini".
Farikh membalas dengan marah, "Kamu siapa? Bagaimana kamu tahu kami berada disini. Kamu akan jahanam semuanya. Kampungmu akan kami hapuskan dimuka bumi ini. Nyah kamu dari sini budak sebelum kau mati ditanganku."
"Saya Johan, anak kepada Jarahan, adik kepada Jargan. Saya tak akan berganjak dari sini. Jika saya lari sekarang, bererti saya membenarkan kejahatan berleluasa. Saya bersedia untuk mengharungi kematian untuk menegakkan keadilan. Sekali lagi aku nasihatkan menyerahlah, Farikh", Johan menjawab dengan lembut. Farikh meninggalkan Barakh seorang, dan menghampiri Johan dengan pantas.
Jarahan yang baru sampai ke tempat itu nampak Farikh menuju Johan dan berteriak memanggil nama anaknya, "Johan......" (Bersambung)

Episod Pertama: Amaran Bagatar (Panglima Amrullah, Pahlawan Asia Tenggara)

Salam sejahtera:
Cerita berikut ini adalah rekaan semata - mata. Jika sekiranya ada kena mengena dengan kenalan anda, sudah pasti anda bercanda.

Cerita ini bermula pada sekitar tahun 1600 di sebuah negara yang tidak diketahui, di tempat yang tidak pernah ditemui. Pada suatu petang, sebiji buah kelapa terjatuh di tepi pantai. "Waduh, apa salahku hingga biji kelapa ini hampir mengena kepala saya" kata hulubalang terkenal di Kampung Sepinar yang bernama Jargan. Belum habis dia berkomentar tentang kejadian yang menimpanya, terdengar pula suara seorang lelaki yang sangat besar dan kasar tapi ada unsur kelembutan dalam bahasanya. " Wahai abang Jargan, usahlah di ungkapkan perkara itu, syukurlah kelapa itu tidak mengena kepala abang, mari kita pergi menolong ayah di laut", Johan mengajaknya.

Kedua insan ini adalah pasangan adik beradik yang sangat berjasa kepada Kampung Sepinar terutama sekali abang angkat kepada Johan iaitu Jargan. Mereka berdua pergi menemui ayahnya di tepi pantai dan memberi pelukan dan salaman setelah menemuinya. Setiap tiga hari, mereka bersama sekumpulan nelayan yang lain akan pergi ke laut untuk mencari rezeki. Mereka akan pulang setelah tiga hari di laut berbekalkan rezeki yang lumayan untuk di hulurkan kepada kampung dan keluarga. Nelayan di kampung itu bergilir-gilir ke laut tetapi keluarga Jargan hanya akan pergi kelaut tiga hari setelah pulang ke kampung.

Walau mereka tidak beragama tetapi mereka tahu akan adanya sesuatu yang berkuasa yang melindungi mereka. Mereka tahu akan hormat menghormati, sayang menyayangi, tolong menolong antara satu sama yang lain dan sifat menjaga keamanan keluarga serta kampung. Sifat mereka seolah olah menjadi suatu kemestian untuk menjadi manusia dan lelaki yang berfikiran matang untuk meneruskan keamanan keluarga mereka.

Mereka sekeluarga pun berkumpul di bawah pohon kelapa kecuali Jargan. Ayahnya pun bertanya, "Mengapa kau tidak duduk sebelah ayah?"Johan menjawab, "Jangan diungkit kisah lama pa. Ya risau biji gugur".Ayahnya pun berkata, "Usah dirisaukan perkara itu, kita serahkan saja kepada yang berkuasa". Ayahnya mengulangi perkataan 'berkuasa' itu. Johan dan Jargan pernah merasakan keberadaan sesuatu yang berkuasa tetapi tidak mengetahui apa perasaan keberadaan yang 'berkuasa' itu. Ayah mereka melihat kebingunggan di mata kedua anaknya. Tiba-tiba sebiji kelapa jatuh ke kepala Gondar. Gondar adalah seorang pahlawan yang termasyur di Kampung Sepinar. Mukanya bengis dan suaranya kasar. Tangannya berketul-ketul dan penuh dengan bekas luka. Tiba-tiba kedengaran gelak tawa Jargan. Jargan pun segera meminta maaf kepada Gondar. Gondar tahu, sekuat mana pun dia, dia sudah tentu tidak dapat mengalahkan Jargan. Jadi dia hanya mampu menjeling sahaja kepada Jargan.

Kedengaran Ketua kampung mengatakan sesuatu di tengah pantai. Mereka sekeluarga pun berkumpul mengelilingi ketua kampung mereka, Sep Bagatar." Wahai nelayan sekalian, mari berkumpul disini. Wahai nelayan-nelayan Kampung Sepinar, mari kelilingi tuan hamba ini.", dia mengulangi panggilannya sehingga semua nelayan mengelilinginya.
" Jika sekiranya kamu sayang nyawa kamuuu, janggganlah pergi kelaaaut selama limmma hari ini. Sayangilah nnya..wa anda dan ingatlah orang yann.ng akan merinduimu", Sep Bagatar menasihati. Semua nelayan di sana hairan mendengar ketua mereka menghalang mereka pergi ke laut. Setiap nelayan merasa bingung seandai mengatakan Sep Begatar sudah tidak siuman.

Sep Bagatar pun berkata," Usah ditanya mengapa, percayalah kepada saya sebagai Ketua kamu di kampung ini". Kali ini dia berkata dengan jelas seperti kebenaran dari luahan hati ketua yang memang mereka sanjungi. Mereka pun akur dan patuh pada perintah ketua mereka.Fikiran Johan pun bercelaru memikirkan apa yang diungkapkan oleh ketua mereka itu. Jargan pula berfikir mengapakah biji kelapa itu jatuh ke kepala Gondar dan bukan kepalanya.

Malam itu, Sep Bagatar pun kerumah Jaharan untuk meminta pendapatnya. Jaharan adalah orang yang sangat bijak dan setiap perkara yang susah, dia lah orang yang pertama di kampung itu yang boleh menyelesaikannya. Bila dia tiba di kaki tangga rumah Jaharan, dia pun memanggil Jaharan, "Wahhhai sahhhabatku yang bijaaaksannna, bulehkah aku bertemuu dengggganmu sebentarrrr".Jaharan pun menjenguk diluar, kedua anaknya pun turut serta. "Oh Gatarrrr, kamu rupanya. Aku pikir bapa si Gondar, Malsa. Apahal datang malam ini Gatar.""Aku ingin berrbicarra dengan mu seorannngg. Wahh, Johan nampppaknya ko akan membesarrr seperrrti abangggmu si Jarrrgan. Mungkin suatu hari ayahmu akan membenarrrkan kau mengikuti ajaran seni mempertahankan diri di rumah ketua." "Terima kaseh ketua. Saya sudah berumur 14 tahun ketua, abang selalu mengajarkan saya seni itu di sini.", jawab Johan dengan suaranya yang agak kasar. Sep Begatar nampak seperti ada cahaya di belakang Johan tetapi kurang jelas. Badan Johan pun berlebam lebam mungkin akibat banyak berlatih dengan abangnya."Marilah kita pergi di bawah pohon itu ketua, cuaca malam ini sangat baik. Elok kita berbincang disana. Jargan, tolong jaga rumah, panggil ayah bila makan malam sudah siap.", perut Jaharan berbunyi. Mereka berdua pun berangkat ke pohon kelapa yang sering menjadi tempat tumpuan sekeluarga itu. Jargan pun naik keatas rumah menolong ibu dan adik perempuannya. Johan maseh risau dengan apa yang diungkapkan Sep Begatar pada waktu siang itu. Pada waktu itu, biasanya mereka akan bersedia untuk berangkat ke laut dengan di iringi oleh nyanyian sahabat karibnya Bagat.

Pantai Kampung Sepinar.
Pada waktu yang sama, Malsa dan 5 orang Kampung Sepinar yang lain bermula untuk pergi ke laut. "Cuaca yang baik sebegini tidak disuruh pergi ke laut. Ketua kampung apa ni! Bagatar-bagatar... Apa kita nak makan kalau tak ada rezeki laut. Takkan nak makan pisang saja...Hutan kita bukannya banyak sangat binatang...""Sep Malsa, biasanya ketua kita itu tak pernah salah. Setiap kali ada musibah, dia akan mengetahuinya terlebih dulu. Tetapi siang tadi, seperti ada kelainan daripada riak mukanya dan percakapannya, Sep.", kata Korbash, kawan karib anak Malsa, Gondar."Argh, semua percakapannya itu cuma kebetulan saja, cuba lihat cuaca sekarang. Semuanya tenang, tak ada ribut, ombak pun tak ada. Lupakan apa saja yang dikatakan si Bagatar itu.", keangkuhan Malsa terserlah. Mereka pun berangkat menuju kelaut. Perahu mereka mula hilang dari pandangan mata si Gondar.

Pohon Kelapa sebelah rumah Jaharan
"Apakah dalam fikiran ketua?", soal Jaharan."Sebelllum itu, aku naaak tanya kenapa kau fikirrr aku si Maalsa..tadi?", soal Bagatar kembali."Tadi, di pantai, dia nak ajak aku pergi kelaut malam ni. Tapi aku tak mau. Sebab aku percaya setiap perkataan ketua mesti ada maknanya", jawab Jaharan."Jadi malam ini dia nak pergi, mari kita pergi ke pantai untuk menghalang mereka", lancar percakapan Bagatar memberi arahan.Mereka pun berlari menuju kepantai.

Rumah Jaharan
Johan yang duduk di tangga rumahnya itu tidak dapat mendengar perbualan ayahnya dengan Bagatar. Dia nampak ayahnya dan Bagatar berlompat dan berlari dari bawah pokok kelapa itu. Dia pun terkejut dan memanggil abangnya, "Bang! Jo pergi dulu. Tolong jaga rumah." Tanpa berlengah dia pun berlari menuju ayahnya. Jargan, yang berada di dapur, terdengar suara adiknya memanggil dan terus berlari ke pintu rumah. Di lihatnya adiknya berlari menuju ke hutan. Adiknya itu berlari dengan pantas sekali sehingga dia pun berfikir untuk tidak mengikutinya kerana khuatir akan keselematan keluarganya dirumah tanpa ayahnya.Ibunya memanggil Jargan, "Jargan!, Apa telah terjadi Jargan?"

Hutan Sebelah rumah Jarahan
Johan berlari dengan pantas. Ayahnya dan Bagatar yang jauh mendahuluinya itu dengan sekelip mata dapat dikejar olehnya. Tetapi dia terpaksa mengurangkan kelajuannya supaya ayahnya dan Bagatar tidak tahu bahawa dia mengekori mereka. Jarahan ternampak sepasang mata yang berkilau dari semak hutan. Dia pun menjerit, "Harimau!". Mereka pun berlari sepantas kilat menuju kepantai. Johan pun mengikuti dari belakang tetapi dia tidak nampak harimau cuma seorang lelaki berbaju hitam berdastarkan kain putih dengan mata yang tajam.

Pantai Kampung Sepinar
Gondar melihat ayahnya pergi kelaut bersama kawan karibnya dan sahabat handai ayahnya. Kedengaran kembali arahan ayahnya di telinganya sewaktu dia ungkapkan keinginannya untuk mengikuti ayahnya. "Kau, Gondar, tinggal sahaja disini bersama ibumu, jika sekiranya si Gatar tanya aku kemana, pedulikan dia!"

"Gondar!", panggil Bagatar.....

bersambung....