Saturday, August 15, 2009

Episod Pertama: Amaran Bagatar (Panglima Amrullah, Pahlawan Asia Tenggara)

Salam sejahtera:
Cerita berikut ini adalah rekaan semata - mata. Jika sekiranya ada kena mengena dengan kenalan anda, sudah pasti anda bercanda.

Cerita ini bermula pada sekitar tahun 1600 di sebuah negara yang tidak diketahui, di tempat yang tidak pernah ditemui. Pada suatu petang, sebiji buah kelapa terjatuh di tepi pantai. "Waduh, apa salahku hingga biji kelapa ini hampir mengena kepala saya" kata hulubalang terkenal di Kampung Sepinar yang bernama Jargan. Belum habis dia berkomentar tentang kejadian yang menimpanya, terdengar pula suara seorang lelaki yang sangat besar dan kasar tapi ada unsur kelembutan dalam bahasanya. " Wahai abang Jargan, usahlah di ungkapkan perkara itu, syukurlah kelapa itu tidak mengena kepala abang, mari kita pergi menolong ayah di laut", Johan mengajaknya.

Kedua insan ini adalah pasangan adik beradik yang sangat berjasa kepada Kampung Sepinar terutama sekali abang angkat kepada Johan iaitu Jargan. Mereka berdua pergi menemui ayahnya di tepi pantai dan memberi pelukan dan salaman setelah menemuinya. Setiap tiga hari, mereka bersama sekumpulan nelayan yang lain akan pergi ke laut untuk mencari rezeki. Mereka akan pulang setelah tiga hari di laut berbekalkan rezeki yang lumayan untuk di hulurkan kepada kampung dan keluarga. Nelayan di kampung itu bergilir-gilir ke laut tetapi keluarga Jargan hanya akan pergi kelaut tiga hari setelah pulang ke kampung.

Walau mereka tidak beragama tetapi mereka tahu akan adanya sesuatu yang berkuasa yang melindungi mereka. Mereka tahu akan hormat menghormati, sayang menyayangi, tolong menolong antara satu sama yang lain dan sifat menjaga keamanan keluarga serta kampung. Sifat mereka seolah olah menjadi suatu kemestian untuk menjadi manusia dan lelaki yang berfikiran matang untuk meneruskan keamanan keluarga mereka.

Mereka sekeluarga pun berkumpul di bawah pohon kelapa kecuali Jargan. Ayahnya pun bertanya, "Mengapa kau tidak duduk sebelah ayah?"Johan menjawab, "Jangan diungkit kisah lama pa. Ya risau biji gugur".Ayahnya pun berkata, "Usah dirisaukan perkara itu, kita serahkan saja kepada yang berkuasa". Ayahnya mengulangi perkataan 'berkuasa' itu. Johan dan Jargan pernah merasakan keberadaan sesuatu yang berkuasa tetapi tidak mengetahui apa perasaan keberadaan yang 'berkuasa' itu. Ayah mereka melihat kebingunggan di mata kedua anaknya. Tiba-tiba sebiji kelapa jatuh ke kepala Gondar. Gondar adalah seorang pahlawan yang termasyur di Kampung Sepinar. Mukanya bengis dan suaranya kasar. Tangannya berketul-ketul dan penuh dengan bekas luka. Tiba-tiba kedengaran gelak tawa Jargan. Jargan pun segera meminta maaf kepada Gondar. Gondar tahu, sekuat mana pun dia, dia sudah tentu tidak dapat mengalahkan Jargan. Jadi dia hanya mampu menjeling sahaja kepada Jargan.

Kedengaran Ketua kampung mengatakan sesuatu di tengah pantai. Mereka sekeluarga pun berkumpul mengelilingi ketua kampung mereka, Sep Bagatar." Wahai nelayan sekalian, mari berkumpul disini. Wahai nelayan-nelayan Kampung Sepinar, mari kelilingi tuan hamba ini.", dia mengulangi panggilannya sehingga semua nelayan mengelilinginya.
" Jika sekiranya kamu sayang nyawa kamuuu, janggganlah pergi kelaaaut selama limmma hari ini. Sayangilah nnya..wa anda dan ingatlah orang yann.ng akan merinduimu", Sep Bagatar menasihati. Semua nelayan di sana hairan mendengar ketua mereka menghalang mereka pergi ke laut. Setiap nelayan merasa bingung seandai mengatakan Sep Begatar sudah tidak siuman.

Sep Bagatar pun berkata," Usah ditanya mengapa, percayalah kepada saya sebagai Ketua kamu di kampung ini". Kali ini dia berkata dengan jelas seperti kebenaran dari luahan hati ketua yang memang mereka sanjungi. Mereka pun akur dan patuh pada perintah ketua mereka.Fikiran Johan pun bercelaru memikirkan apa yang diungkapkan oleh ketua mereka itu. Jargan pula berfikir mengapakah biji kelapa itu jatuh ke kepala Gondar dan bukan kepalanya.

Malam itu, Sep Bagatar pun kerumah Jaharan untuk meminta pendapatnya. Jaharan adalah orang yang sangat bijak dan setiap perkara yang susah, dia lah orang yang pertama di kampung itu yang boleh menyelesaikannya. Bila dia tiba di kaki tangga rumah Jaharan, dia pun memanggil Jaharan, "Wahhhai sahhhabatku yang bijaaaksannna, bulehkah aku bertemuu dengggganmu sebentarrrr".Jaharan pun menjenguk diluar, kedua anaknya pun turut serta. "Oh Gatarrrr, kamu rupanya. Aku pikir bapa si Gondar, Malsa. Apahal datang malam ini Gatar.""Aku ingin berrbicarra dengan mu seorannngg. Wahh, Johan nampppaknya ko akan membesarrr seperrrti abangggmu si Jarrrgan. Mungkin suatu hari ayahmu akan membenarrrkan kau mengikuti ajaran seni mempertahankan diri di rumah ketua." "Terima kaseh ketua. Saya sudah berumur 14 tahun ketua, abang selalu mengajarkan saya seni itu di sini.", jawab Johan dengan suaranya yang agak kasar. Sep Begatar nampak seperti ada cahaya di belakang Johan tetapi kurang jelas. Badan Johan pun berlebam lebam mungkin akibat banyak berlatih dengan abangnya."Marilah kita pergi di bawah pohon itu ketua, cuaca malam ini sangat baik. Elok kita berbincang disana. Jargan, tolong jaga rumah, panggil ayah bila makan malam sudah siap.", perut Jaharan berbunyi. Mereka berdua pun berangkat ke pohon kelapa yang sering menjadi tempat tumpuan sekeluarga itu. Jargan pun naik keatas rumah menolong ibu dan adik perempuannya. Johan maseh risau dengan apa yang diungkapkan Sep Begatar pada waktu siang itu. Pada waktu itu, biasanya mereka akan bersedia untuk berangkat ke laut dengan di iringi oleh nyanyian sahabat karibnya Bagat.

Pantai Kampung Sepinar.
Pada waktu yang sama, Malsa dan 5 orang Kampung Sepinar yang lain bermula untuk pergi ke laut. "Cuaca yang baik sebegini tidak disuruh pergi ke laut. Ketua kampung apa ni! Bagatar-bagatar... Apa kita nak makan kalau tak ada rezeki laut. Takkan nak makan pisang saja...Hutan kita bukannya banyak sangat binatang...""Sep Malsa, biasanya ketua kita itu tak pernah salah. Setiap kali ada musibah, dia akan mengetahuinya terlebih dulu. Tetapi siang tadi, seperti ada kelainan daripada riak mukanya dan percakapannya, Sep.", kata Korbash, kawan karib anak Malsa, Gondar."Argh, semua percakapannya itu cuma kebetulan saja, cuba lihat cuaca sekarang. Semuanya tenang, tak ada ribut, ombak pun tak ada. Lupakan apa saja yang dikatakan si Bagatar itu.", keangkuhan Malsa terserlah. Mereka pun berangkat menuju kelaut. Perahu mereka mula hilang dari pandangan mata si Gondar.

Pohon Kelapa sebelah rumah Jaharan
"Apakah dalam fikiran ketua?", soal Jaharan."Sebelllum itu, aku naaak tanya kenapa kau fikirrr aku si Maalsa..tadi?", soal Bagatar kembali."Tadi, di pantai, dia nak ajak aku pergi kelaut malam ni. Tapi aku tak mau. Sebab aku percaya setiap perkataan ketua mesti ada maknanya", jawab Jaharan."Jadi malam ini dia nak pergi, mari kita pergi ke pantai untuk menghalang mereka", lancar percakapan Bagatar memberi arahan.Mereka pun berlari menuju kepantai.

Rumah Jaharan
Johan yang duduk di tangga rumahnya itu tidak dapat mendengar perbualan ayahnya dengan Bagatar. Dia nampak ayahnya dan Bagatar berlompat dan berlari dari bawah pokok kelapa itu. Dia pun terkejut dan memanggil abangnya, "Bang! Jo pergi dulu. Tolong jaga rumah." Tanpa berlengah dia pun berlari menuju ayahnya. Jargan, yang berada di dapur, terdengar suara adiknya memanggil dan terus berlari ke pintu rumah. Di lihatnya adiknya berlari menuju ke hutan. Adiknya itu berlari dengan pantas sekali sehingga dia pun berfikir untuk tidak mengikutinya kerana khuatir akan keselematan keluarganya dirumah tanpa ayahnya.Ibunya memanggil Jargan, "Jargan!, Apa telah terjadi Jargan?"

Hutan Sebelah rumah Jarahan
Johan berlari dengan pantas. Ayahnya dan Bagatar yang jauh mendahuluinya itu dengan sekelip mata dapat dikejar olehnya. Tetapi dia terpaksa mengurangkan kelajuannya supaya ayahnya dan Bagatar tidak tahu bahawa dia mengekori mereka. Jarahan ternampak sepasang mata yang berkilau dari semak hutan. Dia pun menjerit, "Harimau!". Mereka pun berlari sepantas kilat menuju kepantai. Johan pun mengikuti dari belakang tetapi dia tidak nampak harimau cuma seorang lelaki berbaju hitam berdastarkan kain putih dengan mata yang tajam.

Pantai Kampung Sepinar
Gondar melihat ayahnya pergi kelaut bersama kawan karibnya dan sahabat handai ayahnya. Kedengaran kembali arahan ayahnya di telinganya sewaktu dia ungkapkan keinginannya untuk mengikuti ayahnya. "Kau, Gondar, tinggal sahaja disini bersama ibumu, jika sekiranya si Gatar tanya aku kemana, pedulikan dia!"

"Gondar!", panggil Bagatar.....

bersambung....

No comments:

Post a Comment